Categories
Berita Semasa

UFree selar IOA kerana halang keluarga berjumpa dengan saudara-mara yang hidup terbuang

Jumaat , 18/11/2011 – Pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) masih menghalang berdozen-dozen keluarga berketurunan Palestin meninggalkan Tebing Barat untuk bertemu dengan keluarga mereka yang hidup dalam buangan setelah dibebaskan daripada penjara rejim Zionis sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran dengan Hamas, kata UFree yang merupakan sebuah rangkaian Eropah yang menyokong hak-hak tahanan penjara berketurunan Palestin.

Ramai tahanan penjara keturunan Palestin yang dibuang ke Gaza, Syria, Turki dan Qatar berikutan perjanjian pertukaran tahanan penjara baru-baru ini antara Hamas dengan rejim Zionis. Walaubagaimanapun, keluarga bekas tahanan penjara tersebut masih dihalang untuk pergi ke tempat di mana bekas tahanan penjara tersebut berada.

Menurut UFree lagi, berdozen-dozen keluarga dari Tebing Barat yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak masih dinafikan hak untuk melakukan perjalanan untuk bertemu dengan suami dan bapa masing-masing yang telah dibebaskan. Mereka juga tidak dibenarkan melalui Jambatan Raja Jussein dan Karama kononnya atas sebab-sebab keselamatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa