Categories
Berita Semasa

AFEH merekodkan penggalian lebih banyak kubur di kawasan perkuburan Ma’manullah

Isnin ,21/11/2011 – Yayasan Dana dan Warisan Aqsa (AFEH) mendedahkan bahawa berpuluh-puluh orang pekerja rejim Zionis telah diarahkan menggali kubur umat Islam di Tanah Perkuburan Bersejarah Ma’manullah di Jerusalem. Yayasan itu juga menegaskan bahawa pihak Amerika dan rejim Zionis adalah dalang kepada projek terbabit atas nama “muzium toleransi” bagi melindungi tindakan berkenaan.

Delegasi yayasan itu telah mengunjungi tanah perkuburan terbabit pada pagi Rabu lalu sebaik sahaja mendapat maklumat yang mana aktiviti menggali kubur-kubur terbabit telah dimulakan semula. Mereka mendapati terdapat lukisan-lukisan berbaur perkauman di conteng di kubur-kubur tersebut.

Amir al-Khatib, Pengarah yayasan berkenaan berkata bahawa kunjungan ke tanah perkuburan itu adalah bertujuan untuk melihat sendiri aktiviti jenayah yang terus-terusan dilakukan oleh rejim Zionis ke atas tanah perkuburan terbabit dan bagi membongkar aktiviti penggalian kubur-kubur yang dilakukan semula kebelakangan ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa