
Isnin ,21/11/2011 – Dr. Aziz Dweik, Pengerusi Majlis Legislatif Palestin, menyifatkan bahawa pertemuan di antara Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, dan Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al yang dijadualkan sepanjang minggu depan di ibu negara Mesir, Kaherah, hanyalah sebagai sesuatu yang “akan menjadi bersejarah” kerana segala keputusan adalah bergantung kepada campurtangan pihak luar ke dalam isu dalaman Palestin.
Dweik berkata dalam kenyataannya dekat Quds Press : “semua orang tahu bahawa kuasa veto Amerika dan Israel yang sekarang melambatkan rekonsiliasi Palestin, dan sekiranya kuasa veto ini terus menguasai proses rekonsiliasi, maka tiadalah masa depan baginya, dan pertemuan antara kedua mereka tidak akan membuahkan hasil yang positif untuk proses ini dan akan menamatkan segala-galanya.”
Beliau juga berkata beliau lebih optimis dengan pertemuan ini, “dari segi apabila tempoh hari pimpinan Palestin di Ramallah turun untuk persidangan UN dan UNESCO, itu sudah mengancam pihak Amerika, dan ini menunjukkan pendirian jelas warga Palestin, dan pada masa yang sama tidak mungkin tidak barisan pimpinan Palestin adalah sangat berperanan penting dan ia berdiri sama tinggi dengan kuasa veto Amerika bila kita berbicara isu rekonsiliasi ini, di samping menjadi bukti yang kukuh, bahawa sesiapa yang memperjuangkan keamanan tidak memerlukan berpisahnya Tebing Barat dengan Gaza, bahkan apa yang diperlukan adalah kesatuan.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen