Categories
Berita Semasa

Sumber Israel: Rang Undang-undang untuk menghadkan pembiyaan ke atas kumpulan hak asasi manusia Israel dihentikan oleh Perdana Menteri

Rabu ,23/11/2011 – Sumber-sumber Israel yang tidak disebutkan nama memberitahu para pemberita Israel pada hari Ahad di pejabat Perdana Menteri Binyamin Netanyahu bahawa rang undang-undang untuk menyekat pembiyaan kepada kumpulan hak asasi manusia Israel, yang telah diluluskan oleh Knesset Israel pada minggu lepas, telah dihentikan oleh pejabat Perdana Menteri.

Kumpulan hak asasi manusia Israel, kebanyakannya bekerja untuk mendokumentasi penyalahgunaan Israel di wilayah Palestin, telah menghadapi peningkatan penelitian dan tindakan keras oleh kerajaan Israel sejak tahun lepas, yang mana kumpulan hak asasi tersebut mengatakan bahawa tindakan tersebut jelas dilakukan untuk menghadkan dan melarang kebebasan bersuara mereka.

Rang undang-undang yang telah diluluskan pada minggu lepas oleh Jawatankuasa Perundangan Knesset Israel (Parlimen) stakat ini merupakan yang paling kejam – kerana kumpulan ini banyak menerima dana dari luar negara, rang undang-undang tersebut pada dasarnya akan menutup sebahagian besar hak asasi manusia dan kumpulan keamanan Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas