Categories
Berita Semasa

Al Azhar Tegaskan Kembali Surat Shalahuddin kepada Raja Richard

Rabu ,23/11/2011 – Syeikhul Azhar, Dr. Ahmad Muhammad Thayib menegaskan bahawa al Azhar dan seluruh kaum muslimin di barat dan di timur, menolak projek Zionis untuk melakukan pengyahudian kota al Quds. Beliau mengingatkan entiti Zionis Israel dan pihak yang menyokongnyan akan kesan buruk yang mengancam perdamaian Palestin bahkan mengancam perdamaian seluruh dunia.

Al Azhar menegaskan bahawa monopoli terhadap kota suci al Quds dan yahudinisasi padanya, merupakan pelanggaran terhadap persetujuan dan undang-undang antarabangsa serta norma-norma yang melarang perubahan pada status tanah, penduduk, dan identiti di wilayah pendudukan. Oleh itu, al Azhar tegas dalam pernyataannya, “Maka Yahudinisasi al Quds tidak ada asas legitimasi.”

Al Azhar kembali menegaskan ketetapan jalan yang ditempuh Shalahuddin bagaimana cara pembebasan kota al Quds, ketika dia menulis surat kepada Raja Salib Richard The Lion Heart, “Anda jangan berpikir bahawa kami akan menyerahkan al Quds, tidak pernah, demikian juga kami, sebagai umat muslim, tidak mungkin akan menyerahkan hak-hak kami di al Quds, dalam apa keadaan sekalipun, anda tidak akan dapat mengambil seketul batu pun di tanah ini, selama masih ada jihad.”

sumber : COMES
penterjemah : osman