Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Fatah setuju tidak lantik Fayyad

Rabu ,23/11/2011 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata bahawa pergerakan Fatah telah bersetuju untuk memilih individu lain selain daripada Salam Fayyad bagi mengetuai kerajaan Palestin campuran akan datang. Abu Zuhri memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) pada Sabtu lepas bahawa pegawai-pegawai Hamas dan Fatah telah mencapai kata sepakat beberapa hari lepas untuk tidak memasukkan nama Salam Fayyad dalam kerajaan campuran akan datang,
tetapi masih belum mencalonkan mana-mana nama untuk jawatan Perdana Menteri.

Menurut beliau lagi, pegawai-pegawai Hamas dan Fatah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan seterusnya pada 25 November ini yang akan disertai oleh Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mashaal dan Presiden PA, Mahmoud Abbas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa