
Sabtu ,26/11/2011 – Dalam kejadian serbuan awal pagi yang terbaru, yang telah dilancarkan oleh tentera Israel di Tebing Barat pada hari Isnin, askar-askar Israel telah menahan enam orang rakyat Palestin, termasuk seorang yang baru sahaja dibebaskan dari sebuah tahanan Israel bulan lepas melalui perjanjian pertukaran banduan.
Dua beradik, berumur 17 dan 18 tahun, merupakan antara yang diculik pada awal pagi Isnin kelmarin. Dua beradik tersebut, Imad al-Amour, 18, dan Mohammed al-Amour,17, telah diculik dari rumah keluarga mereka di Perkampungan Tiqu’a, bahagian selatan Bethlehem.
Ghassan Mohammed Hanini, 22 tahun, telah ditahan berdekatan dengan Qalqilia dalam percubaannya untuk melepasi sebuah pusat pemeriksaan tentera Israel. Hanini baru sahaja dibebaskan dari kem tahanan Israel dimana dia telah ditahan selama tiga tahun sebagai ‘tahanan pentadbiran’ tanpa sebarang dakwaan. Dia merupakan antara 477 rakyat Palestin yang telah dibebaskan melalui pertukaran dengan seorang banduan rakyat Israel yang ditahan oleh puak tentangan rakyat Palestin.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar