
Sabtu ,26/11/2011 – Cucu kepada mendiang Rabbi Meir Kahane, yang terkenal dengan kepercayaan penghapusan etnik bangsa Arab dari Palestin, sedang memimpin sebuah gerakan untuk mendokumen dan memboikot semua perniagaan di Israel yang menggaji warga Palestin.
Rancangan tersebut ditemui apabila Meit Ettinger, pemuda berusia 19 tahun telah dilaporkan kepada polis kerana berjalan sekeliling pasar Mahane Yehuda di Baitulmaqdis sambil bertanya kepada peniaga sama ada mereka menggaji bangsa Arab. Seorang peniaga Palestin merasa curiga dengan kemungkinan Ettinger sedang merancang untuk menyerangnya atau warga Palestin lain yang bekerja di pasar tersebut, lantas terus menghubungi polis Israel.
Apabila disoal polis, mereka menemui bukti yang Ettinger sedang mengumpul data untuk buku panduan memboikot perniagaan warga Palestin, dan perniagaan warga Israel yang menggaji warga Palestin.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep
One reply on “Kumpulan Sayap Kanan Israel Adakan Buku Panduan Perniagaan Yang Menggaji Warga Palestin”
Subhanallah~
Sama2 kita doakan urusan Mujahideen dipermudahkan~
Sama2 kita pastikan produk2 Islam dimuliakan~
Sama2 kita bertekad jihad kita diperkukuhkan~
Aamin~