
Isnin , 05/12/2011 – Sumber dari Israel melaporkan bahawa Kementerian Pertahanan Israel telah memohon maaf kepada seorang wartawan Amerika yang sedang mengandung, kerana telah dipaksa untuk menanggalkan pakaiannya untuk pemeriksaan, dimalukan, dan dipaksa untuk masuk ke sebuah mesin imbasan, dalam satu sekatan jalan raya oleh pihak tentera sewaktu dalam perjalanan ke Israel dari Gaza.
Berita Israel Ynet turut melaporkan wartawan tersebut, dikenali sebagai Lynsey Addario, yang bekerja untuk New York Times, telah meminta askar-askar tersebut untuk tidak memaksanya melalui mesin imbasan tersebut kerana dia sedang mengandung.
Dalam surat yang dihantar kepada Kementerian Pertahanan Israel, wartawan tersebut menyatakan ba\hawa, walaupun dia telah merayu, askar-askar tersebut tetap memaksanya melalui mesin imbasan tersebut sebanyak tiga kali sambil mentertawakannya.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar