
Isnin , 05/12/2011 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PHCR) mengutuk dengan sekeras-kerasnya keputusan WHO Eropah untuk mengadakan persidangan rasmi di Baitulmaqdis, yang dihos oleh Israel. Persidangan Eropah pertama Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Polisi Baru Kesihatan Eropah telah dijadualkan berlangsung pada 28-29 November 2011
Dengan mengadakan persidangan dihos oleh Israel di kota Baitulmaqdis, agensi PBB iaitu WHO telah menghantar mesej tersirat pengiktirafan hak Israel terhadap kota tersebut dan memberi restu tersirat kepada tindakan haram Israel di Baitulmaqdis sejak beberapa dekad lepas.
Keputusan Knesset Israel pada 28 Jun 1967 untuk memberi Baitulmaqdis Timur kepada wilayah Israel, deklarasi Knesset pada 30 Julai 1980 bahawa “seluruh Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel” dan polisi mereka terhadap meluaskan sempadan kota Baitulmaqdis, merupakan pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa Resolusi PBB yang jelas mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin pada masa hadapan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep