Isnin , 05/12/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menangkap 5 rakyat Palestin yang tinggal di Kampung Osrin yang terletak di Nablus. Antara mangsanya adalah ketua kampung terbabit, seorang pemuda yang berasal dari Jenin dan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dari Jerusalem.
Sumber tempatan memaklumkan bahawa unit peronda IOF telah menyerbu kampung terbabit sebelum Subuh pada Isnin lepas dan menangkap ketua kampungnya beserta 4 orang pemuda lagi yang mana 3 orang daripada mereka merupakan pekerja lombong.
Sumber di Jenin pula memaklumkan bahawa IOF telah menyerbu Kampung Jaba’a yang terletak di selatan Jenin dan menangkap seorang pemuda selepas memecah masuk dan menggeledah rumahnya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa