Isnin , 05/12/2011 – Pada Isnin lepas pihak berkuasa rejim Zionis telah menghalang seorang wanita bernama Sajeda daripada melawat bapanya, Jamal Abul Hajja yang ditahan di penjara rejim Zionis tanpa memberi sebarang sebab.
Ahli keluarga Sheikh tersebut yang merupakan salah seorang pemimpin Hamas memberitahu wartawan Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa pihak tentera rejim Zionis (IOF) telah menghalau Sajeda keluar daripada bas yang dinaikinya semasa dalam perjalanan untuk bertemu bapanya yang ditahan di sebuah penjara di kawasan
gurun di Nafha.
Menurut mereka lagi, pihak IOF yang bertugas di pos kawalan Jalama, yang terletak di barat laut Jenin telah memaklumkan Sajeda bahawa dia telah dilarang melawat bapanya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa