Categories
Berita Semasa

Gereja Latin di Beit Jala anjur upacara sembahyang ditanah yang diancam oleh tembok, penempatan.

Rabu , 07/12/2011 – Sebagai sebahagian daripada protes secara aman mingguan bagi menentang pendudukan, penempatan, tembok, dan percubaan secara haram Israel memperluaskan tanah kepunyaan Biara Kristian Cremisan di Beit Jala, rakyat palestin beragama Kristian telah mengadakan upacara sembahyang di atas tanah kepunyaan kepada penduduk bandar itu, yang terletak berdekatan dengan Tebing Barat Bethlehem.

Rangkaian Berita Palestine (PNN) melaporkan Gereja Latin di bandar itu telah menganjurkan upacara-upacara ini di atas tanah yang masih menjadi persoalan sejak beberapa minggu lalu.

Nader Bandak, Penasihat kepada Presiden Mahmoud Abbas dalam isu-isu Agama Kristian, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaran Beit Jala, Nader Abu Amsha, Setiausaha Pergerakan Fateh di Bethlehem, Yousef Al Aref, dan beberapa pegawai serta perwakilan dari pertubuhan badan bukan kerajaan di kawasan tersebut termasuklah himpunan penduduk dan tuan tanah, telah menghadiri upacara tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar