Categories
Berita Semasa

Tentera IOF Serbu Pejabat Ahli Parlimen Hamas

Jumaat , 09/12/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) menyerbu pejabat Ahli Parlimen Hamas di Tulkarem pada pagi Selasa dan merampas tiga buah komputer mereka bersama-sama dengan dokumen-dokumen kerja.

MP Fathi Qarawi memberitahu wartawan PIC bahawa askar menyerbu masuk ke dalam pejabat dan menyelongkar pejabat mereka sebelum merampas komputer peribadi dan kertas-kertas kerja rasmi.

Beliau membidas IOF yang cuba untuk menakut-nakutkan ahli parlimen dengan melanggar imuniti mereka, menyeru pihak keselamatan PA untuk mengambil alih peranan dalam melindungi institusi Palestin.

Ahli Parlimen Hamas di Tebing Barat mengeluarkan kenyataan mengutuk perbuatan itu, menyifatkannya sebagai “rompakan”.

Mereka berkata bahawa tindak balas yang terbaik untuk langkah agresif IOF ialah perpaduan nasional untuk berhadapan dengan “keangkuhan Zionis”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen