
Khamis , 15/12/2011 – Pemimpin-pemimpin Hamas dan Fatah akan mengadakan satu mesyuarat pada waktu petang hari Ahad di Gaza bagi membincangkan isu-isu berbangkit yang memisahkan dua gerakan tersebut, Agensi Berita Ma’an melaporkan tengahari Ahad.
Jurucakap Gerakan Hamas, Fawzi Barhoum, memberitahu Ma’an bahawa pemimpin kedua-dua kumpulan akan mengadakan mesyuarat pada petang hari Ahad ini bagi membincangkanbeberapa isu yang belum jelas, termasuk penangkapan ahli polotik dan isu pasport. Mesyuarat tersebut akan melaksanakan perkara yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin dalam satu mesyuarat yang telah diadakan di Kaherah pada hari Khamis 24 November, dan persediaan untuk mesyuarat kebangsaan yang akan diadakan pada 20 Disember di Kaherah.
Mesyuarat ini adalah yang pertama sejak Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal, mengadakan mesyuarat di Kaherah dan usaha untuk membincangkan secara mendalam tentang perjanjian untuk menyatukan kumpulan-kumpulan saingan dan membuka jalan untuk pilihan raya.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas