
Khamis , 15/12/2011 – Pergerakan Hamas mengutuk keras tindakan pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) yang menjatuhkan hukuman dibuang negeri terhadap ahli parlimen Jerusalem, MP Ahmed Attoun dan menyifatkannya sebagai satu jenayah baru terhadap penduduk asal kota suci terbabit.
Satu sumber yang boleh dipercayai daripada Hamas mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu bahawa IOA sebenarnya berniat menghalau keluar semua penduduk asal Jerusalem dari rumah dan kampung halaman mereka.
Katanya lagi, “Tindakan drastik yang bertujuan untuk melemahkan semangat penduduk asal dan penggubal undang-undang Jerusalem itu, tidak akan berjaya. Sebaliknya, ia hanya akan meneguhkan lagi keazaman dan hasrat mereka sehingga hak-hak mereka dikembalikan semula.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa