Categories
Berita Semasa

Ihsanoglu selar rejim Zionis atas hukuman buang negeri yang dikenakan terhadap MP Attoun

Khamis , 15/12/2011 – Setiausaha Agung Gabungan Organisasi Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu dengan tegas mengkritik tindakan pihak berkuasa rejim Zionis (IOF) yang menjatuhkan hukuman dibuang negeri dari tanah kelahirannya, Jerusalem, ke atas penggubal undang-undang Palestin, Ahmed Attoun, tanpa sebab.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, Ihsanoglu menyifatkan tindakan rejim Zionis itu sebagai satu jenayah mencabul undang-undang antarabangsa dan konvensyen Geneva ke-4. Tindakan itu juga membuktikan rejim Zionis terus-terusan melanggar kehendak masyarakat antarabangsa secara umumnya serta hak-hak kemanusiaan penduduk Palestin secara khususnya.

Beliau juga mengutuk tindakan pihak berkuasa rejim Zionis yang meluluskan cadangan rejimnya untuk membina sebuah taman di timur Jerusalem yang akan menyebabkan kemusnahan kawasan kediaman penduduk Palestin di Issawiya, Attour dan Assawwanah yang terletak berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa