Israel Bimbang Jadi Target al-Qassam

Khamis, 06/07/2006 –

Seorang pegawai Zionis-Israel mengecam sikap kerajaannya yang tidak ambil peduli untuk mencari penyelesaian yang tepat bagi masalah roket-roket al Qassam yang terus menggempur bandar-bandar Israel. Dia menegaskan lagi, jika masih tidak ada penyelesaian, akan mengundang pelbagai masalah kepada rakyat Zionis-Israel.

Akhbar Israel Yedeot Aharonot mengutip kenyataan wakil rakyat Israel di bandar Asqalan, Rony Orn, yang mengatakan, “Kami masih menunggu kerajaan Zionis-Israel untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika hal ini tidak diselesaikan dengan segera, maka seluruh bandar Israel akan menjadi target roket-roket al Qassam.” Sehingga kini, sebanyak 300 ribu orang Israel kini terus hidup di bawah ancaman roket-roket Hamas.

Berkait dengan masalah ini, jurucakap tentera Israel menyebutkan bahawa roket-roket
al Qassam malam kelmarin kembali menembusi kota Asqalan. Ini adalah serangan kedua
dalam tempoh sehari, di mana orang-orang Palestin berjaya melancarkan roket buatan
sendiri ke wilayah Israel.

Dewan Keamanan Nasional Israel menyatakan, seramai 300,000 penduduk Israel kini
dalam ketakutan di bawah ancaman roket-roket Hamas. Oleh itu, pihaknya mengambil
keputusan bahawa perundingan dengan Hamas tidak ada gunanya dan gerakan Hamas harus
membayar harga semua itu.