
Khamis , 22/12/2011 – Hanya seminggu selepas dua kediaman milik warga Palestin dimusnahkan oleh tentera Israel di kejiranan Silwan dekat Timur Baitulmaqdis yang mengakibatkan 15 orang kehilangan tempat tinggal, kini, dua keluarga di kejiranan Silwan menerima penangguhan keatas amaran bagi merobohkan kediaman mereka.
Berpuluh-puluh lagi kediaman telah dirobohkan oleh pihak berkuasa juga sebahagiannya oleh rakyat Israel, tahun lepas, bagi mencari jalan merancang pembangunan taman pelancongan alkitabiah oleh kerajaan Israel sebagai salah satu rancangan pembangunan ‘E1 Jurusalem’.
Makhkamah telah memutuskan bahawa kes ini adalah dua kes yang berbeza, tetapi ia berkaitan. Hakim-hakim di Jurusalem memerintahkan bahawa kumpulan yang berkait dengan kumpulan penduduk Israel Elad memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut pengusiran dua keluarga Palestin bagi membolehkan penduduk Yahudi berpindah ke kediaman tersebut.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon