Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi bakar 5 kenderaan rakyat Palestin

Rabu , 28/12/2011 – Pendatang haram Yahudi telah melakukan serangan ke atas Kampung Beitin yang terletak di Ramallah sebelum waktu Subuh. Menurut sumber tempatan, pendatang haram tersebut membakar 5 buah kenderaan rakyat Palestin selepas menyerbu sebuah bangunan di sana.

Ketua kampung berkenaan memaklumkan bahawa pendatang haram Yahudi tersebut telah menyerbu salah satu bangunan pada jam 2 pagi dan membakar 5 buah kenderaan termasuk sebuah trak. Pemilik trak terbabit, Ahmed Abu Sunbul berkata bahawa mereka terjaga akibat terdengar suara orang bercakap-cakap dengan kuat dalam Bahasa Hebrew dan apabila mereka ternampak pendatang-pendatang haram Yahudi tersebut sedang menyalakan api ke atas kenderaan-kenderaan, mereka pun bergegas memadamkan kebaran. Walaubagaimanapun, kesemua kenderaan terbabit rentung dijilat api.

Sementara itu, sumber tempatan memberitahu bahawa pihak berkuasa rejim Zionis telah memasuki kampung berkenaan dan melindungi pendatang-pendatang haram Yahudi tersebut tanpa menangkap mereka. Sebaliknya, pihak berkuasa rejim Zionis mengeluarkan pula saman terhadap beberapa orang rakyat Palestin termasuk Abu Sunbul.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa