
Isnin , 02/01/2012 – Sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan, seorang rakyat Palestin telah terbunuh dan sebelah lagi cedera dalam dua serangan oleh Tentera Udara Israel dalam masa satu jam, yang menyasarkan Bandar Gaza.
Sumber tersebut menyatakan, lapan rakyat Palestin cedera, dua daripadanya cedera parah apabila tentera Israel melepaskan peluru berpandu yang menyasarkan kenderaan seorang rakyat Palestin, berdekatan dengan stesen minyak di kejiranan Al Jala’ di Bandar Gaza.
Seorang rakyat Palestin terbunuh dan tiga lagi tercedera di dalam serangan yang menyasarkan penduduk Palestin yang menunggang motorsikal di Jabalia, dekat bahagian selatan tebing Gaza.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon