
Isnin , 02/01/2012 – Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi telah menyerahkan wang peruntukan sebanyak $35 juta kepada Ketua PA, Mahmoud Abbas 3 bulan lepas. Wang tersebut diperuntukkan untuk membangunkan semula Gaza, kata Yousef Rizka, seorang penasihat politik kepada Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya.
Beliau memberitahu ejensi berita Safa pada Rabu lalu bahawa wang tersebut telah disita oleh pihak berkuasa Mesir 4 tahun lepas daripada tangan Ismail Haneyya dan ia diserahkan kepada Liga Arab.
Katanya lagi, setiap kali pihak kerajaan Palestin di Gaza memohon supaya wang tersebut dikembalikan, Liga Arab pasti mengatakan bahawa pihak pentadbiran Amerika Syarikat memberi tekanan kepada mereka supaya tidak menyalurkan wang tersebut kembali ke Gaza. Pihak Liga Arab juga berjanji akan menggunakan wang tersebut bagi membiayai projek-projek pembaik-pulih Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa