Isnin, 10/07/2006 –
Pejuang-pejuang Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, Sabtu lalu mengisytiharkan kemenangan ke atas tentera penceroboh rejim Zionis di bandar Beit Lahia. Kejayaan itu dilihat sebelum kamera media dimusnahkan menyaksikan kerosakan pada kereta kebal rejim Zionis serta kenderaan berperisai di kawasan tersebut.
Menurut saksi di kawasan terbabit, tentera-tentera rejim Zionis keluar dari bandar itu dengan serta merta dan meninggalkan lebih kurang 30 kenderaan berperisai serta kereta kebal yang rosak sebahagian atau keseluruhannya.
Fakta-fakta itu dinyatakan oleh jurucakap briged, Abu Obaida yang menunjukkan kerosakan pada kereta kebal rejim Zionis serta senjata-senjata yang ditinggalkan oleh ‘askar kerahan rejim Zionis yang melarikan diri. Beliau yang berdiri di sebuah rumah yang telah dimusnahkan ketika mengadakan persidangan akhbar itu berkata, “ Operasi askar-askar Israel gagal!” Beliau menambah bahawa askar kerahan Israel yang ditawan masih berada dalam tawanan dan mengatakan bahawa Briged itu melancarkan serangan roket dua kali ganda lebih hebat berbanding sebelum operasi Israel di situ.
Briged itu menyeru kepada pegawai tinggi rejim Zionis agar tidak mencuba nasib mereka di Gaza kerana pejuang-pejuang Palestin telah menyediakan beberapa ‘surprises’ untuk mereka sekiranya mereka meneruskan pencerobohan dan bertegas untuk mencuba nasib mereka di semenanjung yang ‘degil’ itu. Abu Obaida menjelaskan bahawa Brigednya bersama-sama pejuang Palestin yang lain telah benar-benar bersedia untuk menentang dan mengalahkan pencerobohan rejim Zionis walaupun kekurangan senjata dan peralatan perang yang lain.
Mengenai askar kerahan rejim Zionis yang ditawan, Gilad Shalit, Abu Obaida menjelaskan bahawa terdapat banyak perantara dan campur tangan untuk membebaskannya serta menutup kes itu. Namun kerjasama yang tidak diberikan oleh sebahagian dari kerajaan Israel telah menggagalkan usaha –usaha tersebut.
Jurucakap Qassam itu menegaskan bahawa permintaan pihak yang bertanggungjawab menahan askar itu adalah berasas kerana mereka menuntut pembebasan wanita-wanita, kanak-kanak, pesakit kronik serta rakyat Palestin yang telah ditahan di penjara Palestin melebihi 20 tahun sebagai tukar ganti kepada Shalit.
Kerajaan Israel yang diterajui perdana menterinya, Ehud Olmert kini dalam keadaan tertekan untuk menerima cadangan menukar banduan demi menyelamatkan nyawa Shalit membayangkan bahawa majoriti penduduk Israel mahukan penyelesaian damai berhubung isu itu.
Dalam pada itu, seorang pejuang Qassam, Jaber Al-Shantaf di daerah Sheikh Redhwan di Bandar Gaza cedera Khamis lalu ketika menghalang pencerobohaan Israel di Beit Lahia. Mayat seorang rakyat Palestin yang mengalami kecacatan mental, Jabr Rayhan, 42 pula ditemui selepas askar-askar rejim Zionis meninggalkan Bandar itu. Rayhan ditemui dengan peluru di perutnya dan mengalami pendarahan yang sangat teruk sehingga membawa kepada kematiannya. Wartawan PIC mengesahkan kemusnahan besar ke atas rumah, kereta dan ladang rakyat Palestin ketika operasi 2 hari oleh tentera rejim Zionis di Lahia.