3 mati dan ramai cedera di Rafah


Sekurang-kurangnya hari ini 3 orang mati dan 16 yang cedera dalam serangan Israel di selatan Jalur Gaza di Rafah.Mereka ditembak pada awal pagi di kem pelarian Yibna yang terletak di sempadan Gaza dan Egypt.

Helikopter Apache buatan US , kereta kebal dan jentolak yang digunakan dalam operasi rejim tersebut telah mengorbankan Muhammad Abu al-Nada (18 thn ) Masira Abu Sanima (19 thn) dan Akram al-Habibi (31 thn). Mereka yang terkorban merupakan ahli Brigade al-Qassam, sayap kepada HAMAS.

Turut tercedera adalah Bassam Masud, jurukamera Reuters.

Semasa serangan tersebut, jentolak rejim Israel telah meranapkan 6 buat rumah yg berdekatan dengan sempadan Egypt.

Rafah menjadi medan pertempuran Israel semenjak bermulanyaIntifada al-Aqsa pada bulan September yang hingga kini telah mengakibatkan 55 kematian, lebih 200 cedera dan 3500 kehilangan tempat tinggal

wartawan turut menjadi mangsa serangan Israel