Categories
Berita Semasa

Amman bakal menjadi tuan rumah mesyuarat antara Palestin dan Israel

Rabu , 04/01/2012 – Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jordan berkata Amman akan menjadi tuan rumah mesyuarat Palestin-Israel pada Selasa depan dalam usaha untuk menghidupkan semula rundingan damai antara kedua-dua pihak.

Jurucakap kementerian itu menyatakan bahawa Menteri Luar Jordan, Naser Judeh akan menjadi tuan rumah mesyuarat di Amman yang akan dihadiri oleh wakil utusan antarabangsa di Timur Tengah di antara Palestin dan Israel, menurut agensi berita Petra.

Satu lagi mesyuarat akan diadakan secara berasingan tanpa wakil utusan antara Palestin dan Israel di Amman berdasarkan keputusan mesyuarat yang lalu.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mencari titik persamaan untuk menyambung semula rundingan langsung antara Palestin dan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul