Ibu Dan Anak Kecil Terkorban: Israel Mengaku Serang Perkampungan Syujaeyah

Isnin, 10/07/2006 –

Pihak teroris Israel mengaku bahawa pihaknya telah menyerang perkampungan Syujaeyah
kelmarin, Sabtu (8/7) yang mengorbankan seorang ibu dan dua orang anaknya. Serangan
ini dilancarkan oleh tentera Israel dalam rangka menumbangkan kumpulan bersenjata
berdekatan pintu masuk Minthar(Karni), katanya.

Menurut jurucakap tentera Israel, yang dihubungi oleh harian Rumatan? menyebutkan,
pihaknya tidak pernah melancarkan peluru meriam ke wilayah tersebut. Serangan
tersebut dilakukan oleh angkatan udara Israel yang mengenai pintu masuk Karni.
Mereka mengatakan bahawa pihaknya berjaya membunuh sorang penduduk Palestin yang
bersenjata.

Di pihak lain, sumber media Palestin di Gaza menyebutkan, ketiga-tiga penduduk
Palestin yang terkena tembakan meriam Israel tersebut adalah satu keluarga, seorang
ibu dan dua anaknya, salah seorangnya masih kecil. Ketiga-tiga mereka syahid pada
hari Sabtu (8/7) dalam serangan biadab Israel yang tidak berkeperimanusiaan
tersebut.

Serangan tersebut memusnahkan rumah keluarga Farid Hajjaj yang terletak di jalan
al-Manshur kompleks al-Syujaeyah sebelah timur bandar Gaza. Dalam serangan itu, lima
orang penduduk dilaporkan cedera parah. Semuanya kini sedang dirawat di hospital
al-Syifa Gaza.

Pengarah Bantuan Kecemasan Palestin, Dr. Muawiyah Husnain, menjelaskan, ketiga-tiga
mangsa tindakan biadab Israel tersebut adalah, Aminah Hajjaj (42 tahun) Ruwan Hajjaj
(6 tahun) dan Muhammad Hajjaj (20 tahun).