
Jumaat , 06/01/2012 – Zakariyya Daoud, seorang bekas tahanan politik Palestin, yang sakit teruk sewaktu berada di penjara Israel dan hanya dibebaskan pada 22 Ogos 2011, telah meninggal dunia akibat kanser pada hari Isnin. Die telah didiagnosis ketika di penjara Israel dan tidak diberikan perhatian bagi rawatan perubatan yang khusus serta keperluan.
Israel telah membebaskan Daoud, 43, setelah beliau menghabiskan 9 dari 16 tahun hukuman penjara kerana keadaan kesihatannya yang merosot secara berterusan. Beliau merupakan ayah kepada 4 orang anak; Ahmad, 19, Wisal 20, Malak, 14, dan Dalal, 13, Agensi Berita Maan melaporkan.
Beliau telah diculik dan dipenjarakan oleh Israel pada 10 Februari 2003, lapor Persatuan Tahanan Palestin (PPS).
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar