Categories
Berita Semasa

Peneroka ‘Membantu’ Tentera-tentera Membuat Sekatan ke atas Kaum Lelaki

Isnin , 09/01/2012 – Peneroka Israel yang bersenjata, berpakaian orang awam, dilihat membantu tentera-tentera Israel ketika usaha mencari kenderaan milik rakyat Palestin dan memeriksa pengenalan diri mereka di beberapa sekatan jalan ketenteraan yang menghala ke daerah Ramallah, pusat Tebing Barat.

Agensi berita The Maan melaporkan bahawa berpuluh-puluh peneroka berpakaian orang awam, membawa senapang automatik, berdiri di sebelah tentera Israel di sekatan jalan Bet El, timur laut Ramallah, malah mencari kenderaan milik rakyat Palestin dan memeriksa pengenalan diri penumpang.

Peneroka Israel biasanya menjalankan “rondaan” di beberapa jalan raya di Tebing Barat, namun sentiasa diiringi tentera Israel.

Ini adalah kali pertama beberapa orang peneroka mengambil bahagian secara langsung dalam tugas-tugas yang merupakan tanggungjawab mutlak tentera.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas