
Khamis , 12/01/2012 – Ketua Jawatankuasa ‘Artery of Life’, Jurutera, Wael Al-Saqqa, menyatakan bahawa beberapa orang perseorangan Jordan dan institusi popular dalam persediaan untuk konvoi “Ansar 2” bagi memecahkan pengepungan Israel ke atas Gaza, dan menghantar bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan.
Dalam sidang media, Al-Saqqa mengatakan bahawa jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Mesir bagi memudahkan perjalanan konvoi, dan untuk memastikan laluan ke Gaza adalah betul.
Beliau kemudiannya menambah bahawa konvoi tersebut akan membawa bekalan bantuan, terutamanya peralatan perubatan dan ubat-ubatan.
Konvoi tersebut bakal meninggalkan Jordan tidak lama lagi; mereka akan meninggalkan Amman menuju Pelabuhan Aqaba Jordan sebelum berlayar ke Gaza melalui Pelabuhan Nweibe’ Mesir.
Al-Saqqa berkata bahawa beliau berharap agar Pihak Berkuasa Mesir akan memberikan kerjasama dengan konvoi tersebut dan memastikan mereka tiba di Gaza.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas