
Selasa , 17/01/2012 – Sebuah mahkamah Perancis akan melihat kes Mohammad Ad-Dorra, 12, yang terbunuh selepas ditembak bertubi-tubi, pada 30 September 2000, ketika mencari perlindungan dari tembakan tentera Israel dalam pangkuan ayahnya; yang turut terkena beberapa tembakan.
Sebelas tahun lalu, wartawan Perancis, Sharl Anderlan, yang berada di kejadian tembakan itu,dan bersama jurukamera rakyat Palestin, Talal Abu Rahma, telah merakam kejadian tersebut. Anderlan kemudiannya telah dituduh mereka video tersebut, walaupun kejadian tembakan tersebut berlaku pada siang hari dihadapan beberapa orang, dan para wartawan, yang juga menyaksikan kejadian tersebut.
Mohammad Jamal Ad-Dorra dilahirkan pada 22 November 1988, telah ditembak mati pada 30 September 2000. Dia dan ayahnya sedang berjalan di lorong Salah Ed-Deen, di Gaza.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar