Categories
Berita Semasa

Palang Merah digesa mendedahkan nasib tahanan Palestin

Jumaat, 27-01-2012 – Pusat kajian tahanan merayu Palang Merah untuk mendedahkan nasib tahanan Palestin di kem pelarian Jenin yang telah dihalang daripada melihat keluarganya selama lebih kurang tujuh bulan.

Pusat itu berkata keluarga tahanan Khadr Dhabaya, 26, sangat bimbang tentang keadaan anak mereka yang penuh misteri selepas pentadbiran penjara mula menghalang dari melawatnya.

Menurut pusat itu, lawatan terakhir dilakukan oleh keluarganya kira-kira tujuh bulan yang lalu. Pada masa itu keluarganya melaporkan dia kelihatan pucat dan keletihan manakala tangan dan kakinya dirantai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz