
Khamis, 09-02-2012 – Perasaan marah menyelubungi penduduk Semenanjung Gaza selepas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon enggan bertemu semasa lawatan beliau bersama keluarga tahanan, para syahid dan mangsa perang atau petani Gaza, nelayan atau pesakit.
Sumber maklumat Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata, Ki-moon yang menyelaras lawatan beliau dengan UNRWA enggan terlibat dalam jadual mesyuarat dengan orang awam Gaza dan mendengar penderitaan mereka, dan beliau juga tidak membenarkan mana-mana wakil mereka untuk bertemu beliau atau menghadiri mesyuarat dengan pegawai-pegawai PBB di Gaza.
Sumber itu menambah Ki-moon juga telah pergi terlalu jauh dan bias dalam menyokong pendudukan Israel dan enggan bertemu dengan mana-mana pegawai dari kerajaan yang dipilih di Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz