Categories
Berita Semasa

Askar IOF tangkap 12 penduduk di 4 tempat berasingan

Ahad, 12-02-2012 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menahan 12 warga Palestin di empat wilayah berasingan di Tebing Barat subuh hari ini, kata sumber tentera Israel.

Tahanan telah diambil dari Jenin, Ramallah, Bethlehem, dan Al-Khalil dan mereka akan disoal siasat atas tuduhan penglibatan dalam aktiviti anti-pencerobohan. Sumber keselamatan Palestin berkata askar IOF memecah masuk berpuluh-puluh rumah di Tebing Barat pada Rabu lalu dan mencari mereka selepas memaksa penghuni mendedahkan lokasi mereka berada.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz