
Rabu , 15-02-2012 – Pada hari Ahad petang, tentera-tentera Israel menculik lima orang penduduk Palestin dari Kampung Ya’bod, bahagian selatan kawasan utara Tebing Barat bandar Jenin, dan menahan mereka untuk beberapa jam di penempatan Dothan mabo, di Daerah Jenin.
Agensi Maklumat dan Berita Palestin, WAFA, melaporkan tentera tersebut memecah masuk ke tapak pembinaan di Ya’bod, menculik lima orang penduduk dan membawa mereka ke penempatan haram yang dibina di atas tanah milik penduduk bandar itu.
Empat orang telah dikenalpasti sebagai Ahmad Imad Al-Keenaly, 23, Firas Sibhi Abu bakar, 24, adiknya Mohammad, 22, dan Mahran Waleed Abu Bakar, 26. Mereka semuanya disoal siasat di penempatan tersebut untuk beberapa jam sebelum dilepaskan.
sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas