Categories
Berita Semasa

Liga Arab Tidak Peduli Ancaman Terhadap Al Aqsa

Rabu , 15-02-2012 – Dewan Liga Arab dalam pertemuannya Ahad (12/2) tidak memperdulikan isu ancaman Zionis terhadap masjid al Aqsa. Dewan Liga Arab memberi fokus pada apa yang didakwa sebagai proses “perdamaian adil dan menyeluruh” dengan entiti Zionis Israel.

Dalam draf keputusannya, Dewan Liga Arab menegaskan semula bahawa perdamaian yang adil dan menyeluruh adalah pilihan strategik dan perdamaian adalah proses menyeluruh yang tidak boleh dipisah-pisahkan.

Liga Arab menegaskan, “Perdamaian yang adil dan menyeluruh dengan Israel hanya terlaksana dengan penarikan entiti Zionis Israel sepenuhnya dari tanah Palestin dan tanah Arab yang diduduki. Termasuk dari dataran tinggi Golan yang diduduki sehingga garis perbatasan 4 Jun 1967, serta tanah yang masih diduduki di selatan Lebanon. Proses menyeluruh itu juga mencakup pendirian negara Palestin merdeka yang memiliki kedaulatan dengan ibukota al Quds timur dan menolak segala bentuk pemukiman warga Palestin di luar Palestin dan terus melakukan penyelesaian yang adil bagi masalah pelarian Palestin.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman