
Khamis, 16-02-2012 – Perdana Menteri Gaza, Ismail Haneyya telah mengadakan perbincangan bersama Speaker Majlis Shoura Iran, Dr. Ali Larijani mengenai pembangunan Palestin, terutamanya isu Israel yang mensasar pendudukan di kawasan Baitulmaqdis.
Perbincangan mendalam yang bertempat di bangunan parlimen tersebut merangkumi isu kempen ekstrem Judaization terhadap kawasan pendudukan Baitulmaqdis, yang menambah kepada pengepungan ke atas Gaza dan serangan berterusan di wilayah tersebut.
Haneyya turut menjelaskan penderitaan tahanan Palestin di penjara Israel dan penahanan speaker perlimen Palestin, Dr Aziz Dweik serta pengusiran para timbalan Baitulmaqdis.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah