
Selasa, 21-02-2012 – Jabatan Perikanan, Kementerian Agrikultur berkata pada Isnin lepas bahawa kapal-kapal tentera laut rejim Zionis telah memintas beberapa buah bot nelayan milik rakyat Palestin dan menahan 4 orang nelayan di persisiran Selat Gaza.
Dalam kenyataannya, kementerian tersebut memaklumkan bahawa kapal tentera laut rejim Zionis yang lengkap bersenjata telah memintas dua buah bot, satu daripadanya berdekatan dengan Pelabuhan Gaza manakala sebuah lagi dipintas di bahagian utara selat itu semasa mereka sedang memancing pada jarak 2 batu nautika.
Katanya lagi, tentera laut rejim Zionis telah menahan nelayan-nelayan terbabit dan bot mereka serta memberi amaran bahawa pihak berkuasa rejim Zionis bertanggungjawab terhadap nyawa mangsa.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa