Tadamun: Israel pindahkan dua bersaudara yang sakit ke penjara Ramla

Sabtu, 25-02-2012 – Kesatuan Antarabangsa Tadamun Hak Asasi Manusia berkata jumlah tahanan Palestin yang ditahan di hospital penjara Ramla meningkat kepada 8 orang selepas dua saudara yang berada di dalam keadaan kesihatan membimbangkan telah dipindahkan ke hospital itu.

Jurucakap kesatuan Ahmed Al-Betawi berkata pihak berkuasa penjara Israel memindahkan Farid Assad, 29 dan saudaranya Mohamed, 20 ke fasiliti perubatan penjara Ramla. Betawi menambah Farid menderita sakit lumpuh sendi dan menggunakan kerusi roda manakala saudaranya mengalami jangkitan serius pada arteri dan badannya membengkak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati