Categories
Berita Semasa

Tentera-tentera Menceroboh Jenin, Kawasan Berdekatan, Memecah Masuk Kediaman-kediaman

Selasa, 06-03-2012 – Tentera-tentera Israel telah menceroboh, pada hari Ahad waktu Subuh, bandar utara Tebing Barat bandar Jenin, kem pelarian Jenin, dan beberapa kawasan yang berdekatan, memecah masuk dan mencari beberapa kediaman; tiada tangkapan dilaporkan.

Sumber tempatan melaporkan bahawa lebih daripada sepuluh kenderaan tentera Israel menceroboh kawasan Al-Jaberiyyat, di Jenin, dan memecah masuk ke dalam bangunan kediaman sebelum menggunakan bumbung sebagai pos pemantauan. Bangunan tersebut mempunyai pemandangan langsung lorong Kem Jenin.

Pasukan tentera memecah masuk ke dalam beberapa kediaman dalam bangunan tersebut dan mengurung penghuni-penghuni dalam satu bilik sehingga waktu pagi.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas