
Rabu, 07-03-2012 – Ketua Persekutuan Industri Palestin, Ali Al-Hayek memberi amaran berlakunya impak bekalan tenaga yang serius ke atas produk industri tempatan di penjara terbuka, Gaza.
Hayek memberitahu bahawa berpuluh-puluh kilang yang kebanyakannya terlibat dalam bidang pembinaan dan pembuatan makanan, akan ditutup kerana kekurangan bekalan tenaga yang digunakan untuk menghidupkan mesin-mesin industri. Beliau menggesa pihak berkuasa di Gaza untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan berusaha untuk
menyelamatkan sektor industri.
“Saya menuntut kerajaan Gaza membekalkan bahan api yang digunakan oleh kilang-kilang untuk menghasilkan produk tempatan, terutamanya bahan api diesel yang diperlukan untuk menngoperasi mesin,” katanya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
 penterjemah : salwa