Categories
Berita Semasa

Baraka minta duta Iraq baiki situasi pelarian Palestin

Rabu, 07-03-2012 – Wakil Hamas di Lubnan, Ali Baraka telah bertemu duta Iraq ke Lubnan, Omar Barazanji pada Isnin lalu bagi membincangkan tentang keseluruhan keadaan di rantau ini.

Satu kenyataan Hamas berkata, Baraka yang diiringi tiga pegawai Hamas telah berbincang dengan Barazanji tentang situasi pelarian Palestin di Iraq.

Baraka meminta menambah baik situasi hidup pelarian dan memberi mereka pasport khas untuk memudahkan pergerakan dan perjalanan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz