Categories
Berita Semasa

Resheq: Kerajaan peralihan kebangsaan

Rabu, 07-03-2012 – Ahli biro politik Hamas Ezzet Al-Resheq telah mengesahkan bahawa isu berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan kebangsaan yang baru akan diteruskan pada hari-hari akan datang.

Beliau berkata di dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin bahawa tiada siapa harus bertanggungjawab di atas kelewatan membentuk kerajaan itu. Kelewatan itu adalah perkara biasa rentetan dari rundingan antara pemimpin Hamas, Khaled Mishaal dan pemimpin Fatah serta ketua PA Mahmoud Abbas.

Resheq berkata, kerajaan yang akan dibentuk terdiri daripada tokoh-tokoh bebas dan akan diteruskan tanpa program politik. Beliau berkata ia akan mempunyai 3 misi utama untuk dicapai: bersedia untuk pilihanraya, pembinaan semula Gaza dan baikpulih bahagian dalaman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati