Categories
Berita Semasa

2 kanak-kanak meninggal dalam letupan

Khamis, 08-03-2012 – Dua kanak-kanak Palestin terbunuh dan tiga lagi cedera dalam letupan senjata yang ditinggalkan oleh tentera Israel dekat kampung Sa’eer di Al-Khalil.

Nasser Qabaja, ketua bahagian kecemasan dan ambulans di wilayah itu memberitahu Akhbar Quds bahawa dua kanak-kanak berusia 12 tahun terbunuh di dalam kejadian itu. Beliau berkata, Persatuan Bulan Sabit Palestin membawa mangsa ke hospital kerajaan Al-Khalil, dan memaklumkan bahawa keadaan mereka yang cedera adalah stabil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati