
Isnin , 12/03/2012 – Seramai lebih kurang 5000 mahasiswa Ikhwanul Muslimin di Universiti al Azhar telah mengadakan demo bagi mengecam sikap Zionis yang sedaya upaya menghancurkan masjid al Aqsa dan mengusir rakyat Palestin. Demo yang diadakan selepas Zohor itu menyeru seluruh masyarakat dunia membebaskan masjid al-Aqsa. Mereka turut mengecam pemimpin Arab khususnya yang berdiam diri.
Mereka turut menggesa agar kedutaan Zionis ditutup, memboikot barangan Zionis dan sekutunya dan menyeru agar mengambil serius dengan penuh keimanan isu Palestin.
sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair