Selasa , 13/03/2012 – Satu serangan udara Zionis berhampiran bandar selatan Tebing Gaza, Khan Younis pada petang Ahad mencederakan seorang kanak-kanak dan seorang wanita, kata sumber tempatan.
Mereka memberitahu wartawan PIC bahawa pesawat peninjau Zionis melepaskan peluru berpandu ke arah Jalan Qudaih di Abassan Al-Kabira timur Khan Younis, yang jatuh berhampiran sebuah rumah dan mencederakan wanita dan kanak-kanak itu. Menurut sumber itu, bahawa letupan merosakkan rumah dan kebimbangan merebak di rantau ini yang mana pasukan ambulans bergegas dan memindahkan mangsa.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen