Categories
Berita Semasa

Batesh: Tiada Ruang untuk Ketenangan Selagi Israel Mara

Selasa , 13/03/2012 – Khaled Al-Batesh, pemimpin gerakan Jihad Islam di Gaza telah menegaskan dalam kenyataan media bahawa tiada ruang untuk berbicara mengenai ketenangan di Gaza memandangkan keganasan Israel ke atas wilayah kecil tersebut masih belum dihentikan.

Beliau berkata pergerakan itu akan terus teguh membalas serangan Israel, turut menyatakan bahawa Israel mahu puak pejuang Palestin untuk menerima ‘ketenangan’ atas terma Israel, yang mana cadangan tersebut ditolak oleh puak mereka. Batesh turut menyatakan usaha Mesir untuk mengembalikan ketenangan adalah sia-sia selagi Israel meneruskan serangan ke atas Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah