Categories
Berita Semasa

Askar Israel Wanita Ditikam Di Jerusalem

Selasa, 20-03-2012 – Sumber media Israel melaporkan Khamis lalu bahawa seorang askar wanita ditikam semasa menaiki transit aliran ringan di Jerusalem. Dia dipercayai ditikam oleh seorang rakyat Palestin, yang kemudiannya disahkan identiti.

Sumber-sumber perubatan di Jerusalem menyatakan bahawa kejadian itu berlaku di Pisgat Ze’ev, utara kawasan yang diduduki di Baitulmaqdis.  Askar tersebut ditikam di bahagian dada dan lengan, dan kini berada dalam keadaan yang serius di Pusat Perubatan Sha’ar Zedek.

Pihak polis Israel berkata bahawa pemuda yang menyerang wanita itu dipercayai telah melarikan diri ke kawasan Shu’fat Arab, di penempatan Timur Baitulmaqdis. Tentera dan polis telah memulakan kempen pencarian di kawasan tersebut.

Berita Nasional Israel melaporkan bahawa penyerang tersebut memasuki kereta api di salah satu perhentian, dan menikam askar tersebut sebelum melompat dengan segera dari kereta api.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas