
Rabu , 28-03-2012 – Rejim Zionis telah melancarkan pelbagai kempen pencarian di kawasan Tebing Barat waktu subuh, Ahad lepas. Pencarian tersebut berakhir dengan penangkapan enam rakyat Palestin.
Akhbar berbahasa Ibrani, Yediot Ahronot melaporkan di laman web mereka tahanan-tahanan tersebut merupakan pihak yang disyaki terlibat dalam serangan terhadap Israel. Mereka turut menambah tiga daripada tahanan berasal dari bandar Nablus dan tiga yang lain dari perkampungan Ramallah.
Sementara itu, IOF memanggil bekas tahanan di perkampungan Halhul, wilayah Al-Khalil, beberapa bulan selepas beliau dibebaskan melalui kesepakatan perjanjian antara Israel dan Hamas yang menggunakan perantaraan Mesir.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah