Categories
Berita Semasa

Majlis Hak Asasi Manusia (PBB) Gesa Penyiasatan Terhadap Penempatan Israel

Jumaat , 30-03-2012 – Dengan satu-satunya undi menentang oleh Amerika Syarikat, Majlis Hak Asasi Manusia (PBB) telah meluluskan satu resolusi bagi mengarahkan buat pertama kalinya siasatan terhadap kesan aktiviti penempatan Israel terhadap hak-hak rakyat Palestin.

Resolusi itu diluluskan dengan 36 undi, manakala 10 lagi negara tidak menyatakan pendirian mereka dan satu-satunya negara yang menentang Resolusi tersebut adalah Amerika Syarikat.

Resolusi tersebut telah dibentangkan oleh Duta Pakistan kepada Majlis yang mengecam Israel disebabkan aktiviti penempatan haram yang berlaku di Palestin dan menyatakan bahawa aktiviti penempatan Israel itu telah melanggar Undang-undang antarabangsa dan semua undang-undang hak asasi manusia termasuklah Konvensyen Geneva yang keempat yang telah ditandatangani Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon