
Jumaat , 30-03-2012 – Jawatankuasa PBB menuntut Israel untuk menghentikan dasar-dasar diskriminasi terhadap rakyat Palestin ke atas 1948 tanah yang telah diduduki dan memansuhkan undang-undang perkauman Knesset terhadap mereka. Jawatankuasa PBB meminta Israel untuk berusaha sepenuhnya dalam menghapuskan semua bentuk pengasingan antara Yahudi dan bukan Yahudi, terutamanya undang-undang yang diluluskan oleh Knesset pada tahun 2011 yang memberi hak kepada pihak berkuasa tempatan Yahudi untuk menghalang rakyat Palestin daripada menetap di kawasan Yahudi.
Turut diperkatakan ialah Israel perlu memastikan bahawa minoriti bukan-Yahudi mempunyai capaian yang sama kepada pekerjaan, pembahbaikan sosial dan kegiatan politik. Jawatankuasa itu juga mengutuk pencabulan Israel yang lain termasuk undang-undang menentang penyatuan keluarga rakyat Palestin, aktiviti perobohan rumah mereka, pemindahan masyarakat Badwi, pengagihan sumber air yang tidak adil juga ditambah dengan pencabulan hak-hak rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah